Monday 12 March 2012

KATA PENGANTAR


Assalamualaikum w.b.t....

Allhamdulillah... syukur kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dengan kurnia dan limpah nikmat dari-Nya dapat saya mencipta laman ini bagi siswa dan siswi samaada Pegawai Kadet UPNM, Palapes UPNM atau Pelajar Awam UPNM yang mengambil program Sarjana Muda Pengajian Strategi Pertahanan (ZP44). Saya juga mengalu-alukan siswa-siswi dari mana-mana kolej atau universiti bagi membuat rujuakan pelajaran mereka. Saya rasa amat berterima kasih kepada pelajar pengambilan 2009 kelas ZP44 yang banyak mendorong dam membantu bagi melengkapi laman blog ini walaupun kami sudah hampir 3 tahun pengajian disini. Kami berusaha bagi mengumplkan nota-nota yang telah diberi oleh pensyarah kami bagi memenuhi keperluan dan rujukan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Mungkin mengambil masa yanga agak lama bagi melengkapkan laman blog ini. Kami tidak nafikan, kebanyakan nota yang diberi perlu dibuat cetakan semula dan ia mengambil masa yang lama bagi menyiapakannya. Walaupun kami di pertengahan Semester ke-4, kami tetap akan cuba usahakan bagi melengkapi laman blog ini. Saya amant berharap tuan-tuan dan puan-puan sekalian dapat membantu kami bagi melengkapi laman blog ini bagi tujuan pembelajaran bersama. Tuan dan Puan-puan boleh menghantar email ke tamim.upnm.edu@gmail.com bagi sebarang nota dan bahan bacaan. Apa yang perlu dihantar ialah no matrik, nama tuan/puan, kelas pengajian no kod kursus nota, nama kursus nota, serta detai mengenai nota. Saya akan cuba sedaya upaya bagi mengemaskini blog ini walaupun sibuk dengan kertas kerja dari pensyarah. Saya berharap Tuan-tuan dan Puan-puan boleh membantu kami bagi melengkapi laman blog ini untuk kegunaan bersama..
Sekian, Terima Kasih,




tamimdari
Ahmad Tamim Dari  Abdullah,
2009 ZP44(DIS),
Pengajian Strategi Pertahanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

No comments:

Post a Comment